BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 2, 2009

Waris Yasmin Ahmad mahu saman editor, wartawan...


Artikel jejas imej Yasmin Ahmad

SUBANGJAYA: Keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad bercadang mengambil tindakanundang-undang terhadap pengarang dan wartawan sebuah akhbar tabloidterkenal berhubung penyiaran artikel kontroversi pada 27 Julai lalumengenai keperibadian pengarah filem dan iklan berkenaan.

Ibunya, Inom Yon, berkata tindakan itu dibuat berikutanartikel berkenaan ditulis, disiarkan tanpa fakta tepat sertamenggunakan sumber maklumat yang diragui hingga menjejaskan nama baikpengarah itu serta keluarganya.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan tindakan itu bolehdielakkan jika pengarang dan wartawan akhbar tabloid (bukan terbitankumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)) itu menemuinyasekeluarga selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Sampai hari ini pun mereka belum datang bertemu kami. Yangdatang sebelum ini pun cuma pegawai atasannya dengan membawa bersamasurat permohonan maaf daripada syarikat penerbitannya.

"Akhbar itu pun sudah memohon maaf pada muka depannya,Khamis lalu dan menjelaskan apa yang berlaku. Tetapi, bagaimana puladengan pengarang dan wartawan terbabit? Mereka yang sepatutnyabertanggungjawab tetapi sampai sekarang pun belum datang sini," katanyapada sidang media di rumahnya, pagi semalam.


Hadir sama bapa Yasmin, Ahmad Hashim dan adik bongsunya, Muzaffar Syah.Yasmin, 51, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam11.25 malam, 25 Julai lalu, dua hari selepas koma akibat serangan anginahmar ketika bermesyuarat bersama pengurusan kanan Media Prima Berhad(MPB) di Sri Pentas, Bandar Utama.

Pada 27 Julai lalu, akhbar tabloid berkenaan menyiarkanartikel mendakwa mendedahkan identiti sebenar pengarah terkenalterkenal itu hingga mencetuskan kontroversi.

Inom berkata, isu itu tidak selesai selagi pengarang danwartawan terbabit tidak menemui keluarganya bagi memberi penjelasan,selain memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan mereka denganmenggunakan semua saluran media di Malaysia.

"Ingin saya bertanya pada pengarang dan wartawan terbabit,apa nawaitu sebenar mereka menulis, seterusnya menyiarkan artikelberkenaan. Berapa pasti mereka setiap maklumat diperoleh itu tepat dansahih. Mereka sedar ke tidak betapa besarnya impak artikel itu terhadapmaruah Yasmin dan kami?
"Berani buat, berani bertanggungjawab. Mengapa mereka perlu takutbertemu saya, ayah Yasmin dan adik-beradiknya yang lain. Pengarang danwartawan itu tahu ke apa yang sebenarnya berlaku... janganpandai-pandai membuat andaian yang akhirnya mengelirukan orang ramai,"katanya.

Diminta mengulas lebih lanjut, beliau berkata, jantinaanaknya tidak sepatutnya dijadikan isu kerana Allahyarham memangdilahirkan seorang wanita.

"Yasmin dilahirkan sebagai wanita, mengamalkan cara hidupwanita dan meninggal (dunia) sebagai wanita. Malah, semua dokumenmengenainya ada kami simpan, termasuk surat daripada Majlis Fatwa.Jadi, mengapa dan kenapa perkara ini dijadikan isu sensasi," katanya.

Ditanya sama ada tindakan mahkamah itu akan mengundangpandangan negatif masyarakat, seolah-olah beliau sekeluargamengharapkan ganjaran, Inom berkata, apa yang diutamakan adalah menjaganama baik Yasmin.

0 comments: