BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 2, 2009

tgk TV bley cegah dapat anak!!!

Tonton TV cegah kelahiran anak

Syor menteri di India kawal pertumbuhan penduduk

NEW DELHI: Kerajaan India percaya menonton televisyen pada lewat malam boleh mengawal kelahiran anak, kerana selepas letih menonton televisyen, pasangan akan masuk ke bilik dan terus tidur.

Justeru, bagi menjayakan idea berkenaan, kerajaan India akan membekalkan kuasa elektrik di kawasan yang sebelum ini tidak menikmati kemudahan berkenaan.

Namun setakat ini tiada sesiapa pun mengetahui berapa seriusnya Menteri Kebajikan Keluarga dan Kesihatan, Ghulam Nabi Azad apabila beliau membuat pengumuman bulan ini bahawa India akan memberikan bekalan elektrik kepada semua penduduk kampung di negara itu.

“Apabila tiada elektrik mereka tidak tahu apa hendak dibuat selain membuat anak,” kata Azad pada satu majlis sempena Hari Penduduk Dunia.

“Jika ada bekalan elektrik di setiap kampung, mereka akan menonton televisyen sehingga lewat malam dan kemudian terus tidur. Mereka tidak berpeluang untuk menghasilkan anak,” katanya.

Sejak merdeka pada 1947, penduduk India meningkat tiga kali ganda kepada hampir 1.2 bilion dan kini bertambah sehingga 18 juta penduduk setiap tahun.

India dijangka mengatasi China sebagai penduduk paling ramai di dunia menjelang 2028 dan jumlah penduduk diramalkan meningkat kepada 1.5 bilion menjelang 2050.

Ini bakal berlaku di sebuah negara yang pada masa ini berdepan dengan krisis sumber di mana berjuta-juta penduduk terpaksa bersaing untuk mendapatkan air minuman, sanitari, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pekerjaan.

Perancangan keluarga di India mula dilakukan sejak berdekad lalu melalui program pembedahan vasektomi yang diperkenalkan pada pertengahan 1970-an oleh Sanjay Gandhi, anak lelaki perdana menteri ketika itu, Indira Gandhi.

Program terbabit mensasarkan lelaki dengan mempunyai lebih dua anak tetapi dalam usaha untuk memenuhi kuota, pegawai kerajaan memaksa sebilangan besar penduduk lelaki yang miskin dan tidak berkahwin melakukan pembedahan berkenaan.

Dasar berkenaan tidak diteruskan selepas kurang dua tahun disebabkan ia disifatkan seperti satu paksaan. - AFP




lorrrrrrrrr...... tapi kalu laki bini dok tgk TV citer2 yg 'panas' ala2 porn.... dapat anak setiap 9 bulan ler jawabnyer ekkkk... LMFAO...

0 comments: