BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 2, 2009

bayi dalam mangkuk tandas

mayat bayi perempuan ditemui dalam mangkuk tandas

SUNGAI PETANI: Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui dalam mangkuk tandas Sekolah Menengah Agama (SMA) Gurun, dekat sini, pagi tadi.

Difahamkan, mayat bayi yang cukup sifat dan lengkap bertali pusat itu ditemui seorang guru wanita dalam keadaan tertonggeng dengan kepalanya terbenam dalam lubang mangkuk tandas terbabit kira-kira jam 8 pagi.

Malah, sepasukan anggota bomba juga kelihatan berada di perkarangan sekolah terbabit dipercayai untuk membantu mengeluarkan mayat bayi itu yang tersepit di dalam mangkuk tandas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 10 pagi selepas pengetua sekolah itu membuat laporan polis di Balai Polis Gurun.

Beliau berkata, pihaknya percaya bayi terbabit sudah dua hari berada di dalam lubang mangkuk tandas terbabit berdasarkan keadaannya termasuk darah kering yang melekat pada badannya ketika ditemui.

"Ketika ditemui bayi itu sudah meninggal dunia dan kami percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan kepada tali pusat dan kesan darah kering di badannya.



binatang pun tak buat anak depa macam ni... manusia ada akal tapi pangai lebey teruk dari binatang... sampai sanggup buang anak kat dalam mangkuk jamban lagi!!!

0 comments: