BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 3, 2009

cerita mak inom







LULUH...MakInom mengesat airmatanya. Hati ibu mana yang tidak akan luluh dan sayubila terkenangkan anak yang sudah pergi. -foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
DI sebalik kehebatan filem dan iklan hasil kreativitiAllahyarham Yasmin Ahmad, mungkin ramai tidak mengetahui ibunya MakInom merupakan 'tangan tersembunyi' yang menjayakan buah tanganpengarah tersohor itu.
Sebelum lampu hijau diberikan, Allahyarhamah akan menjemput ibubapanya untuk "edit" hasil kerjanya dan arwah akan menuruti nasihatserta arahan.
Bagi Allahyarham Yasmin, individu yang paling layak menduduki kerusi sutradara itu hanyalah bonda tercintanya.
"Ehh... Kerusi director itu emak duduk," kata Mak Inom dalam satu temuramah eksklusif di rumahnya di Subang Jaya Sabtu lalu.
MENATAP POTRET....Mak Inom menatap potret anak kesayangannya, arwah Yasmin Ahmad


Menurut Mak Inom, anak kesayangannya itu tidak akan teragak-agak untuk menukar skrip filem dan iklan mengikut kemahuannya.

"Misalnya, iklan komersil Petronas berjudul 'Tan Hong Ming falls in love', saya tengok dan memberi komen..

"Lantas, Yasmin memberitahu produsernya agar memasukkan elemen yang dikomen berdasarkan petua emak," kata Mak Inom.
Masih terngiang-ngiang di kepala ibu kepada sutradara terkenal ini akan berkata, "My mother said cannot, please change (Mak saya kata tidak boleh, tolong tukar)."

Bagi Mak Inom, Yasmin adalah anak mithali dan satu dalam sejuta. Bakkata orang tua-tua, sejuk perut ibu mengandung.

Arwah seorang anak yangbegitu taat dengan perintah ibu bapanya dan juga tidak pernah ingkardengan agama.

Bergenang air mata Mak Inom saat terkenangkan arwah. Terlalu banyakmemori yang disimpan rapi dalam benak Mak Inom.


Sukar untuk menyelamihati seorang ibu yang remuk kerana terlalu rindu dengan anak yangtersayang.


Mak Inom tidak dapat menahan sedih hati bila menceritakan kisah Allahyarhamah Yasmin Ahmad


Kata-kata hanya dapat meluahkan rasa hati, selebihnya hanya Mak Inom saja dapat rasakan.

Terasa sayu, bila Mak Inom memecah keheningan dengan berkata arwahanaknya telah mempelawanya untuk membuat penggambaran di sebuah ladangdi Jepun, Oktober ini.

Sebaik, kata-kata ditutur, deras airmata mengalir....

Adik Allahyarham Yasmin, Muzaffar Shah pula berkata, mereka sekeluarga tidak perlu pergi ke pawagam untuk menonton filem.
"Buat apa tengok wayang di pawagam. Sebelum masa edit pun, Kak Yasmin dah tunjukkan," katanya.

Dalam setiap filem arwah, arwah akan menyelitkan nama keluarganyaseperti Orked dalam filem 'Sepet' malah filem 'Rabun' diinspirasikanoleh ibu bapanya.

Arwah sememangnta sangat rapat dengan keluarganya. Apa saja yang dilakukannya tidak pernah membelakangkan keluarga.
"Saya rasa semua ini adalah kerana kami membesarkan Yasmin dengan penuh kasih sayang.

"Misalnya bila dia nak balik, dia akan bergurau dengan menunjukkanmuka nakalnya," kata ayah Yasmin, Pak Ahmad yang jelas begitu merinduianak kesayangannya itu.


------------------

Keluarga bercadang buka 'Muzium Memorial Yasmin'


Oleh AU YEONG HOW
"Yasmin anak mithali, satu dalam sejuta," kata ibu Yasmin, Mak Inom. - foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT


SEPANJANG hidup Allahyarhamah Yasmin Ahmad, ibunya Mak Inom adalah segala-galanya. Begitu juga ayahnya, Pak Ahmad.

Allahyarhamah akan menuruti segala kata ibu tercintanya. Sepertiyang diperkatakan Mak Inom dalam satu temubual baru-baru ini, "Jikasaya kata mikrofon ini berwarna putih, maka dia akan anggap ia berwarnaputih walaupun ia berwarna hitam."

Menurut Mak Inom, arwah Yasmin yang juga pengarah filem 'Sepet' dan'Mukhsin' hakikatnya adalah anak mithali dan kehadirannya adalah satudalam sejuta.

Menurut Mak Inom, meskipun anaknya telah pulang ke rahmatullah, diaingin memastikan legasi anak kesayangannya itu berakar umbi dan terussegar.

Untuk itu, katanya, dia akan menyediakan satu tempat di Langkawiuntuk budak-budak belajar agama, mengaji al-Quran dan bahasa Inggeris.
Keluarga Yasmin bercadang membuka Muzium Memorial Yasmin dengan kerjasama Tourism Langkawi


"Saya akan membuka sekolah itu. Saya akan keluarkan duit untuk buat rumah itu di bawah dana Yasmin.

"Selain itu, kami dalam perancangan untuk membuka Muzium MemorialYasmin. Kita sedekahkan tanah dan bercadang bekerjasama dengan TourismLangkawi," kata Mak Inom.

Menurut Mak Inom, impiannya itu adalah impian Yasmin juga.

"Yasmin mempercayai dan yakin sepenuhnya terhadap apa yang saya ingin lakukan."

Fasiliti tersebut katanya akan dibina di tanah berkeluasan satu ekar milik keluarganya.

MENGUSAP POTRET.....Mak Inom ternyata terlalu rindu dengan anak kesayangannya, justru mengusap potret Yasmin


Di tanah tersebut juga tersergam indah rumah yang dibina Allahyarhamah untuk ibunya.

"Rumah itu dikelilingi bendang yang menghijau. Bila buka jendela, didepan ialah gunung. Selain itu, terdapat surau "terapung"," kata MakInom.

Tidak keterlaluan dikatakan anugerah Ilahi paling besar kepada Mak Inom ialah anak kesayangannya, Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Menurut Mak Inom, anaknya itu tidak pernah merajuk dan meninggikan suaranya.

" Pernah sekali dia menyembah makcik apabila dia mendapati dirinya meninggikan suaranya," katanya.

Bagi Allahyarhamah Yasmin, syurga terletak di kaki ibunya.

Dan segala kenangan bersama anak tersayang adalah yang paling indahbuat Mak Inom sekeluarga. Justru, semua itu akan terpahat kemas didalam hati ibu penyayang ini.




--------------

ehem diorang ni x abih abih nak perah air mata kita terhadap Yasmin yang disayangi...kesian betul tgk mak inom...kalau siapa tgk majalah tiga...dier peluk kubur yasmin sampai tak nak lepas..

aku baru tau,ending cite mukhsin,mak inom nyanyi,ahmad(bapak YA) main piano,mak dia cikgu english,bapak dia main muzik,,

0 comments: