BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 2, 2009


Petikan dari akhbar nasional(Utusan) di bawah

Arak: Jangan cakap jika tidak faham

SHAH ALAM 1 Ogos - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar AbdulSamad mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataanmengenai hukum Islam jika tidak memahaminya secara mendalam.

Sambil mengaitkan soal penjualan minuman keras di Selangor beliauberkata, tindakan itu tidak harus dilakukan terutama oleh pihak bukanIslam kerana ia boleh mengundang rasa tidak puas hati umat Islam.

Kata beliau, sama ada bir atau minuman keras lain, ia tetap haramdiminum oleh umat Islam tidak kira berapa peratus kandungan alkoholnya.

''Perkara ini jelas dinyatakan dalam al-Quran, tidak kira berapakandungan alkoholnya. Oleh itu, saya menggesa supaya tidak ada pihakyang membuat kenyataan tentang hukum Islam jika tidak memahaminyadengan mendalam kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam,"katanya dalam kenyataan yang disiarkan di dalam laman blognya, http://iskandar56100.blogspot.com.

Semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri,Ronnie Liu dalam kenyataannya yang disiarkan sebuah akhbar tempatanmenyatakan bahawa bir tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keraskerana kandungan alkoholnya tidak tinggi.

Kenyataan Ronnie itu dibuat susulan tindakan Jabatan Pelesenan danPenguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terpaksamemulangkan semula minuman beralkohol sebuah kedai serbaneka di JalanLiku, Seksyen 8 di sini Khamis lalu, setelah merampasnya dalam satuoperasi yang dijalankan ke atas kedai itu sehari sebelumnya.

Rampasan itu dibuat setelah MBSA menerima aduan daripada penduduksetempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati keranamendakwa premis berkenaan menjual minuman tersebut kepada umat Islam.

Bagaimanapun menurut Ronnie, tindakan MBSA itu merupakan salah fahamdan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut tidak ada kuasa untukmerampas bir berkenaan tetapi hanya boleh berbuat demikian ke atasminuman keras lain yang dijual oleh peniaga tidak berlesen sahaja.

Dalam pada itu, Iskandar turut menyatakan tindakan MBSA merampasminuman keras berkenaan adalah untuk menghalang umat Islam daripadamembeli minuman keras dengan mudah dan berdasarkan enakmen yang sediaada, bukannya menyekat masyarakat bukan Islam membeli dan meminumminuman tersebut.

''Hak masyarakat bukan Islam tidak dinafikan sama sekali. Akantetapi, jika tidak ada peraturan menghalang umat Islam membeli danmeminum minuman keras, maka hak umat Islam untuk dilindungi daripadabahaya minuman keras telah dinafikan.

''Menjual minuman keras di kawasan orang Islam tidak dirasakansensitif, tetapi apabila hendak dihalang ia menjadi sensitifseolah-olah orang Islam ini tidak ada perasaan, tidak ada hak atautidak ada nilai," jelasnya.
Kata beliau, jika kedai-kedai yang menjual minuman keras kepadaorang Islam tidak diambil tindakan atau ditarik balik, masyarakat Islamakan mempersoalkan kepentingan mereka dipandang remeh dan moralkakitangan kerajaan yang menjalankan tugas turut terjejas.



P/S Ronni Liu cakap bir bukan minuman keras sebab kandungan alkohol rendah!!!

0 comments: