Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Maafkan saya jika telah mengganggu anda tetapi jika ada masa saya harap anda dapat
membaca satu pengalaman yang telah terjadi kepada diri saya pada beberapa hari yang
lalu dan membantu saya yang memerlukan pertolongan.
Sedikit mukadimmah. Di antara lebuhraya-lebuhraya di Semenanjung Malaysia, Lebuh
Raya Pasir Gudang di laporkan antara banyak berlakunya kemalangan maut. Secara
umum kenapa ianya sering terjadi tidaklah di ketahui secara tepat tetapi berdasarkan
pengalaman saya yang sering menggunakan laluan ini di dapati ianya adalah kerana
tindakan segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah di
tetapkan.
Namun satu kejadian yang telah menimpa diri saya telah menyebabkan saya
terpanggil untuk melakar email ini dengan harapan akan sampai kepada orang
yang di harapkan.
Pada Hari Sabtu 18/07/2009 pukul 4 petang saya bersama Isteri, Ibu Mertua, seorang
anak perempuan berusia 6 tahun dan anak saudara berusia 4 tahun sedang dalam
perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Taman Taman Tampoi Indah menggunakan
Lebuh Raya Pasir Gudang.
Sewaktu kejadian , lane sebelah kiri yang saya gunakan adalah agak lancar tetapi di
sebelah kanan agak perlahan dan di gunakan banyak kenderaan.
Secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah kanan melakukan belokan ke arah kiri tanpa
sebarang signal dan di lakukan dengan cara yang merbahaya. Saya dengan automatiknya
terpaksa membuat satu brek mengejut dan ianya menyebabkan keluarga saya juga
terkejut. Sudah menjadi naluri (instinct) seorang pemandu, saya membunyikan hon
menandakan supaya bahawa pemandu di depan tahu yang beliau telah melakukan
kesalahan trafik.
Tetapi yang mengejutkan saya dan keluarga adalah pemandu di depan sengaja melakukan
satu aksi gerakan kereta terhoyong hayang kiri kanan seolah-olah mengisyaratkan tidak
ambil endah atau berkata “boleh blahlah!”.
Marah juga saya dengan tindakan sedemikian tetapi apa yang terjadi seminit selepas itu
terjadi perkara yang saya lebih tidak sangka. Pemandu kereta berkenaan mula
memperlahankan kenderaannya dan bertindak seolah-olah tidak membenarkan saya untuk
memotong kereta beliau. Apabila saya memberikan signal hendak ke kanan, beliau akan
masuk mula masuk ke kanan apabila saya bergerak ke kanan dan sebaliknya jika saya ke
kiri. Setiap kali pemandu tersebut berada di hadapan saya, dia akan memperlahankan
keretanya sehingga 60km/j walaupun berada di laluan kanan lebuhraya yang mempunyai
had laju 90km/j dan tiada kereta lain di depan kereta tersebut.
Terdapat satu ketika apabila pemandu itu menutup laluan memotong pada kenderaan saya
dengan memandu seiringan dengan sebuah lori di jalan kiri dengan halaju 60km/j.
Jikalau saya berjaya masuk ke laluan kiri dan mempunyai tiada halangan hadapan untuk
memotongnya, pemandu tersebut akan mula memecut dan menyangka saya akan mula
berlumba sedangkan kenderaan saya ini hanyalah kereta keluarga dan membawa keluarga
dan tiada niat untuk berlumba. Tapi itulah yang lawaknya bila di lihat saya tidak
memecut, dia akan kembali memperlahankan kenderaan itu dan di ulangi balik perkara
yang sama.
Setelah itu saya mula rasa benar-benar bosan dan ingin meninggalkan pemandu yang
saya fikirkan mungkin ada masalah mental ini.
Ketika saya berjaya masuk ke lane kiri saya melakukan dummy percubaan memecut ,
kereta tersebut mula memecut di lane kanan. Saya matikan dan hidupkan sekali lagi
signal seolah-olah hendak masuk ke lorong kiri ( flyover menuju ke Larkin ) dan
bergerak sikit2 ke kiri. Kereta itu kemudian dengan secara tiba-tibanya dari lorong kanan
terus masuk jalan kiri dan terus naik ke jalan menuju Larkin juga ( Mungkin untuk terus
mengganggu saya / berharap saya berhenti dan bergaduh atau secara kebetulan saya tidak
tahu ). Ketika itulah saya memperlahankan kenderaan dan memberikan signal kanan
untuk kembali ke lebuhraya lalu terus memecut (bermula dari 60km/j) meninggalkan
beliau yang tidak lagi boleh melakukan correction. Dari cermin tingkap saya dan
keluarga mengesahkan dapat lihat ianya seorang lelaki melayu dalam keadaan tersengih
menyangka telah menang perang psikologi jalanraya dan terdapat seorang wanita di
sebelahnya, mungkin awek jadi ego mesti di pertontonkan. Kalau bawa isteri mungkin
lain sikit sayangnya dan lebih berhemah ketika memandu.
Ingin saya katakan di sini bahawa janganlah terlalu ego di jalanraya kelak buruk
padahnya.
Di atas pengalaman ini saya berharap anda sebagai pembaca email ini haraplah dapat
menolong saya memulakan satu inisiatif program kesedaran nasional terhadap pemandu
tersebut di mana saya sendiri tidak kenal melainkan saya buat aduan formal
menggunakan agensi kerajaan. Haraplah dapat di forwardkan email ini kepada sesiapa
yang ada e-mail address dan di harap rakan anda pula akan forwardkannya pula agar
email berantai ini satu hari nanti mungkin sampai kepada kenalan atau saudara pemandu
tersebut jika tidak beliau dan menyampaikan pesanan berikut :
“Untuk pemandu KIA SPECTRA JHU 6537 , segala tindakan anda telah di rakam
menggunakan handphone oleh isteri saya. Jika saya membawa bukti video ini ke JPJ ,
sekurang-kurangnya anda akan di saman kerana menghalang lalulintas. Jika JPJ atau
Polis membenarkan laporan verbal atau bertulis dengan menggunakan saksi kejadian (
Isteri dan ibu mertua ) anda juga boleh di saman kerana memandu secara secara
merbahaya dengan melakukan tindakan memotong secara tiba-tiba dan tanpa signal.
Ataupun dengan menggunakan khidmat peguam, saya boleh mengemukakan Saman
Teladan yang bernilai beribu-ribu ringgit di mana jika saya menang akan saya gunakan
untuk memulihkan trauma keluarga dengan melancong menggunakan wang anda
sementara anda menghadapi trauma kewangan berpanjangan.”
Tetapi saya tidak akan melakukannya kerana kita sama-sama Melayu. Bukannya ada
banyak duit pun nak bayar saman lagipun raya dah dekat, nanti tiada duit untuk di beri
kepada ibu bapa anda. Cuma apa yang ingin saya buat adalah kaedah “Name and Shame”
biar seluruh rakyat tahu tindakan anda adalah merbahaya dan tidak selayaknya memandu
sebuah kereta. Harapnya mereka tidak menyangka anda kurang siuman.
Saya hanya mampu doakan pemandu tersebut agar menganalisis kesalahan diri, insaf dan
jangan salahkan orang lain. Ceritalah apapun , bukti video akan kesamsengan anda akan
menunjukkan segalanya.
Berhemah di jalan raya, amalan hidup kita.
Sunday, August 2, 2009
malaysia mmg ramai driver sengal mcm nie.
Posted by mecooll at 5:53 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment